Blogger Layouts

this is eikha halim

this is eikha halim
laa tgk je la hehe

Tuesday, March 29, 2011

harapan

hi! ok ari ni aku nak cite pasal harapan aku terhadap event "SCHOOL ATTACK" aku n classmate aku yg akan di jalankan pada 30/03/2011 iaitu pada hari RABU nie.

Rase mcm x pecaye je yg lusa event kitorg. Tapi itulah hakikatnye so nak x nak terima kenyataan. Ok dlm progress event nie mcm2 hal yg jadi. Gara2 x blh terima teguran masing2 buat hal sendiri sampai x bertegur sapa event we are at the same class. Gile kan. Da la wt event tapi otak x sekepala. This is the biggest problem that we have to face it. So agak lame perang dingin lastly dpt settle kan jgk. Tapi x lame sebab perkara mcm jd balik. Memang semua org da x de mood time tu. Tapi sebab nak dpt A kite sume terpaksa hipokrit. X gune punye perangai kan haha.

Ok lps tu, td ade meeting and taklimat ckt utk volunteer yg join kitorg. Ramai woo. volunteer sahaje 35org. Kite yg crew nie je baru 17 org. haha. Ok td dpt tshirt, n button. Tshirt die bapak besar giler. Redha je.

Lastly, memang harapan semua utk tgk event yg kitorg organize kan without any experience berjalan dgn lancar. Memang itu harapan kitorg. Kita semua da buat sehabis baek. Kepada volunteer jugak kitorg sandarkan harapan agar event yg kami jalankan nie korg enjoy and beri kerjasama yg kuat. So tinggal berserah kpd Allah sebab kite hanya mampu merancang Tapi DIA yg menentukannya.

Sunday, March 27, 2011

Si Tanggang

Semalam aku da buat 1 kesalahan besar. Sampai hati aku kan buat org2 yg aku syg mcm ni. Sumpah memang menyesal sgt2. Mama angah mintak maaf. Ayah I'm sorry angah x plan pon sume tu. Egy angah mintak maaf taw. Laen kali angah x buat lg da mama..ayah..egy.

Ayah just cakap ptg ni nak g ambik maju melayu along kat rumah pak andak, Tapi ayah x ckp pon nak singgah hostel jumpe aku. So aku pon g la kuar ngn membe aku g tgk wyg. But then bile aku da sampai kat wangsa walk dlm 30 minit ayah call aku. Kebetulan pulak time tu bateri fon aku low giler so bile ayh call je automatic die trs je off. Aishh ade ape ayh call nie. Nasib baek aku ade fon 1 lg. Ok lps tu mama call no maxis aku. Tgh makan nie. Kalau aku angkat nnt mama tny aku kat mane? Kuar ngan sape? bile nak balik? Nanti bile aku jawap semua pertanyaan mama tu mesti die risau. Yela aku kuar malam kan.

Then x blh jadi nie. Aku mesti call balik. Blm sempat aku nk call mama call aku lagi. Aku angkat, mama:   Hello angah, angah kat mane nie? 
aku:   Angah kat luar nie mama. Mama kat mane? 
mama: Mama dpn hostel.
aku:  Haa? dpn hostel??
mama: ye..mama dari rumah pak andak nie ambik maju melayu along.
aku: laa kenape mama x ckp nk dtg. Taw td angah duk je kat bilik.mama sorry.
mama: laa..x pe la. bile nak blik ni?
aku:  jap lg angah balik. Lps tgk wayang.
mama: pg dgn sape?
aku:  pg ngan classmate ( penipuan berlaku sebab aku taw mama mesti risau kalau taw aku kuar      berdua je ngn laki) da tu mcm mane ni mama?
mama: x pe la mama balik je la. 
aku:  silence w/o any words. rase bersalah dtg bertubi2. maki diri sendiri sbb sanggup buat family aku mcm nie.
mama: xpe mama blik dulu ye. Minggu dpn balik tak?
aku:  kalau x de pape angah balik ye mama. Mama angah mintak maaf.
mama: xpe. xde pape la.

Sumpah memang menyesal giler. Bukan niat aku nk buat mereka2 yg aku sayangi mcm tu. Tapi secara kebetulan. Ye memang or akn ckp aku nie bodoh. Memang..memang sume ni salah aku. Aku mengaku. Dan Memang berdosa aku ngn mama sebab aku tipu mama pasal kuar ngn kawan2. Padahal aku kuar 2 org je. Berdua ngn classmate aku. Aku x nk mama risau. Mama angah mintak maaf. Angah taw mesti mama ngan ayah balik ngan perasaan yg kecewa. Yela da minggu aku x balik.

Ya ALLAH kau ampunkanlah dosa2 aku terhadap kedua2 ibu bapa ku. Sesungguhnya aku sgt menyanyangi mereka. Bukan niat ku hamba untuk menyakiti dan melukai hati kedua org tua ku ini ya ALLAH. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi anak seperti Si Tanggang. aminn.

sucker punches

ahaa..tanpa sebarang plan, bangun je tdo ptg td terus txt membe aku.  1st ingat nk g bukit ampang nk tgk view KL sbb 26March kan tarikh keramat 1 dunia sempena EARTH HOUR. So disebabkan x taw jalan even da try gune khidmat bantuan En.Google pon still x taw lagi the way nk g sane. So tinggal harapan je la.

Ahh tgk wyg je la jom. Get ready nk tgk wyg so lets go to the wangsa walk. Pg yg dekat je. Pnt nk g jauh2(padahal naek kete). Ok kite tgk cite sucker punches. Agak menarik la aku rase. Kire hilang la jgk bosan aku.

Tp td b4 cite start lpk dulu kat SR. Mkn cake. nyum2 haha. So mase da time 9.40 cite start and enjoy the movie.

err..da kot. pnt la nk merepek.Nite :)

Saturday, March 26, 2011

hi!

Weekend yg  happening craziest lg cool seperti yg diharapkan2 memang x kan menjadi kenyataan la kan kalau aku nie still lagi duk kat bilik terperap. Ketara loser disitu kan. Yela nak kuar x de geng. Sume malas nk kuar. Nk kuar ngan bf memang x la kan sebab aku memang x de bf. aha giler kesian aku nie.

Seriously aku nak kuar. Nak kuar tgk wayang. X mau la aku duk kat kolej aku nie.

Dah la x de mood nk tulis panjang2.

Wednesday, March 23, 2011

sigh~

hi!! eikha is here..
nothing special today. Actually i really tired this week. Fucking tired with the fucking assignment and do it with my fucking best friends.Assignment assignment n assignment. hurgghhh.. i dunno how to survive. i can't breath with this situation. no hangout no shopping no eating2. .Loser.Wth la kan.

Ok then we proceed to the presentation. Ohh gosh this week a lot of presentation. Too many thing to do so let settle down the assignment. And go to the presentation without any preparation. How cool is it ahaa then when the lecturer ask me what is that what is this..I'm just smile to her with annoying face ever had. haha. And the best part when she try to slap me because of my face.( haha tipu sgt kan).

So tomorrow i gonna seat the test ( ECO 120) principles of economies. chapter 1 till 5. It supposed to be yesterday. I hope i will pass for the test. Waiting for the miracle come to me to help me answering all the question. hehe.






daa~ get ready for the next class CSC 134 with my beloved madam Farina. ohh yeahh

Thursday, March 17, 2011

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

-Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: 

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. 

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: 

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya." 


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 



Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: 

"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". 



Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. 

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku." 

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. 

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:  


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. 


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 



Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. 

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. mengkehendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." 

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. 


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." 

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T, maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
 

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu."
 

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
 

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
 

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
 

Sebaik saja mendapat perintah itu maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. 


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." 


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 

1. Orang-orang yang mati syahid. 

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 

3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Sekian untuk ingatan kita bersama. 

Sunday, March 13, 2011

malam itu indah

hi...nak share something nie..seronok taw bile kite duk kat luar rumah waktu malam2 yg sangat...INDAH.

Aku suke bile duk kat luar sorg nie. Lagi2 bile angin tiup sepoi2 bahasa. Then dgn lampu2 neon yg memancar menerangi malam yg gelap.Yela kat KL nie yg best nye bile malam je la. Tgk lampu2 yg terpasang tu.Pastu dengan ade nye bulan yg setia menerangi malam setiap hari. Berjuata bintang yg sentiase setia menemani. Wahhh..Memang rase tenang giler. Nak lagi best lg bile mase tgh lpk tu ade sekali secawan white coffee. Giler best. Memang jelas terase nikmatnye. Fresh giler la kan.

 malam itu indah


 sang bulan & bintang yg paling setia

 malam2 di KL

pelengkap di kala malam
 

Time2 ni la aku dapat release kan kepala otak aku yg serabut nie. Yela dgn assignment yg ntah bile nak siap.Hmm sabo je la. Bile dpt rilex mcm ni memang best. Kalau ade geng lpk pon lg best..blh share problem n ape je yg terbuku kat hati.

Tapi yg x syok nye bile tgh nak rehatkan kepale otak nie tetibe bunyi pulak bising2. Kete sane sini. Moto apetah lagi. Bunyi yg memang menyakitkan telinga. Then dgn asap2 moto kete lori (CO2) yg sememangnye merbahaye n x baek utk kesihatan yg memenuhi ruang udara KL nie.Haishhh. Manusia..manusia..Nie la yg x best nye stay kat KL. Memang la org ckp KL ni best tapi aku rase mcm biase je.

perosak

*Rase nak g bercuti la. Nak rehatkan diri n minda aku nie. Nak g Janda Baek. Kat sane kawasan hijau.
Pokok2 bnyk + sungai2 yg mengalir jernih. Wahhh. best nye.



Saturday, March 12, 2011

SAVE OUR PANDA

Baru je lps tgk cite pasal panda kat TV3. Tajuk ape ntah. bukak2 je trs ade. X sempat nak tgk tajuk.
Best gilerr citer die. SAVE PANDA. yaa that is the purpose why they make a movie like that. Seriously, the no. of panda become decrease by year of the year. Now we only can find it in China only. There is no habitat anymore to them(panda). So pity of u little cuties panda.


 panda comel

Nak taw tak kenape panda makin kurang?

Thn 1980, ade satu hutan kat China tu "bamboo forest"yg mane kat situ la terletaknye sumber2 makanan panda iaitu buluh telah mati secara tiba2. Oleh kerana makanan2 panda x de so hampir 150 panda mati sebab kelaparan gara2 bamboo forest mati. Jadi, inilah fator utama kenape panda2 kat dunia semakin pupus.












Jom la kite semua selamatkan panda2 yg comel2 tu...Tak sanggup nak tengok panda2 semua tu makin pupus. Panda tu binatang paling comel and baek. 


Please don't u ever try to hurt PANDA!!


Friday, March 11, 2011

Tak Excited pon

hi2..eikha nak gtaw something nie.

Nak taw tak arini pada tarikh 11/03/2011 bersamaan pukul 4.15 p.m. loan kite2 semua(bdk2 PTPTN) da dapat. Memang lege sangat at last dapat jgk duet kite2 semua lps kolej nie hold duet kite2 semua. Memang macam shiutt kan bile dpt taw yg pihak kolej rolling duet ptptn utk cover blk segala hutang piutang kolej. Ape hak kolej nak gune duet kite semua? Tak gune la kite2 semua borang Direct Debit Service bile duet loan kite still kolej yg pegang. Haishhh.

So biasenye org bile da dpt duet yg bnyk dlm mase 1 hari mestilah excited kan. Nak nak lg dpt sekali 3k mau tak tido mlm kan dibuat nye bile pk ade duet bnyk mcm tu.Tapi aku rase mcm biase je. X de la excited sgt.

Ermm bukan x bersyukur or ape pon cume aku rase hampeh gile kot bile cek td cume ade RM3500. Mane lagi rm500 kitorg. Haihh..ape la naseb kan. Sabor je la. Tapi serius la aku cakap. Bile dapat taw duet masuk td aku x de rase pape pon. Biase je. Mane tak nye aku da give up sebenarnye nak tunggu bile duet kite2 semua nak masuk. Tunggu dari Jan..March baru dapat.

Btw..terima kasih la ye kolej sbb korg sudi nak pulangkan duet kite2 semua lps korang dapat sumpahseranahcacimaki free2 dari kite2 semua yg x puas hati ngn management korg yg sememangnye suck...





Thursday, March 10, 2011

kite bako!!

Kite bako je financial office tu..kite bako..sape setuju sile angkat tangan ye..

Entries kali nie bunyi macam marah giler kan. siap nak bako2 lg.

Act..memang saye dan student UNIKOP sejagat yg ambik PTPTN memang tengah marah. Mane tidak nye cube awak2 semua bayangkan ae kite study da 3 bln tp loan student still x dapat lagi. Bengang kan. Sape x bengang memang awk tu manusia tanpa perasan.

Saye ni bukan ape awak2 semua..kite2 semua nie bukan anak2 tokey balak ke emas ke ape. Mane la kite semua ade duet. Kalau kite ni ade duet x de la kite semua buat loan utk tanggung semua kos pembelajaran sepanjang diploma kitorg nie. Haishhh. 

Da puas da kite2 semua nie g jumpe manusia2 lahanat kat kewangan tu. Asal tanye pasal pt je mesti ckp mesti die jwb lg 2 or 3 minggu aku masuk tapi...sampai sekarang nie 1 sen haram pon x de. Nie kite2 tny mase awal2 sem (Jan) aritu. Okie sabar dulu. Then masuk bulan Feb tnggu punye2 tnggu x de jugak. Memang mcm shiall la kan. Cakap mcm keling. So kite2 semua nak g tny lagi. Die  ckp end of Feb baru masuk. Giler lambat la bodo. haa kene maki lagi ngan kite2 semua. Mane la ade kitorg duet nak byr duet buku. Bodo la giler. 

Haa lg best kan bile da end of the Feb, kite2 semua pg tny kat Kak Eton(keparat) pasal pt die ckp ape awk nak taw?? 

student: akak bile pt ktorg semua nak masuk?
kak eton: arr pt masuk by name. (dgn muke x bersalah nak mintak penyepak)
Student: Hah?? wtf la bodo. Apesal pulak mcm tu??
kak eton: zzzz


memang macam bangang la kan. Baek bagi duet kite2 semua next sem. Bagi je double 4k. Hati mak bapak pon senang bile dpt duet bnyk mcm tu. Seriously memang bodo la kan. Bdk UiTM da habes kot duet diorg.

So..lupekan segala hasrat nak shopping,hangout,tgk wyg dan segala mcm lagi selagi loan kite2 semua x masuk lagi.

Panas je kan bile dpt taw. Kite2 semua rase mcm nak BAKO je UNIKOP BONGOK ni. 
Eii cepat la habes diploma saye nie. Sumpah da x nak da stay kat kolej nie.


*ade dapat information yg kalau pt x masuk hari JUMAAT nie student2 laen nak g serang kewangan. Jom pakat g ramai2 okie.

terima kasih

BFF

korunk taw BFF tu ape?? haa bukan BoyFriendFoever ok. bosan aku kalau nak cite pasal bf haha. Memang la bosan sebab aku sendiri x de boyfriend. Dasar loser memang macam nie. Ok x pe. Aku still boleh hidup lagi kalau xde bf pon. Aku pinjam kejap trademark membe aku eyz "DON'T LIKE BOYS" haha. giler kan. But it doesn't mean that i am a lesbian ok haha.sengal.

Ok sebenarnye entries aku tu da jauh menyimpang ke laut act. Nie haa aku nak share kat korunk yg aku pon ade BestFriendFoever (BFF). Haa jgn ingat korg je ade okie. Diorg ni je la membe aku yg taw siape aku sebenranye. Membe2 aku yg laen tu ade la jgk tapi diorg sume cume taw dari appearance aku je. inside diorg x taw. hehe. Atinn n Auney. Double A ni la bff aku. Kitorg rapat taw. mane2 pg mesti 3 org je. Tapi aku selalu dgr org2 tua selalu cakap bile berkawan nie biarlah bilangan member tu yg genap. Hahh?? apesal pulak kan?? Xperlu kot nak genap or ganjil. Then bile aku dgr btl2 die ckp kalau member kite genap nanti da besar sume ade jodoh. Kang kalau ganjil member kite ade yg x de jodoh. Eh tapi mcm btl jer..sbb atinn ngan auney da ade boipren..aku je yg tgh tnggu jodoh..ishhh2 kesian.

Ahh membebel lagi aku nie. ishhh...Nie la pic kitorg. Best woo. Atinn and Auney korg memang sempoi, giler2 n happening. Sumpah syg kat korg. Xde tipu2 hehe



  






 pic ni aku paling suke.sweet kan ahaaa..


*kalau la aku sempat masuk kan on of these photo in BFF contest..blh menang tak ae??

DAN BILA WANITA ITU. . .


 hi2. . . okie hari nie i wanna share something to u about "WOMEN"

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

MORNING

hi..
just wake up already. I wanna sleep..sleep and sleep more but i can't.
Come out from the room and take the fresh air n waiting for the sun rise. 
Making me feel so clam.
So i'm gonna take a shower 
daa~

10 cara buat roommate/ diri sendiri GILERRRR

1) Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg” 


2) Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap. 

3) Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

4) Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi” 

5) Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul. 

6) Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang. 

7) Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. 

. 8) Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula. 


9) Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…” 

 
10) Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik


gilerr sycho kan. tp mcm best je. ahaa